top of page

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KUALA KANGSAR

Making a Difference

gmbr bangunan ppk.png
ppk_gmbr formal.png
kawasan pengendalian PPK.png
Tentang PPK : Welcome

Pengenalan

Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kangsar adalah sebuah badan yang didaftar mengikut peraturan 54, peraturan - peraturan Pertubuhan Peladang 1983 di bawah seksyen 3 (a) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Pindaan 1989).


Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kangsar ditubuhkan pada 3 Jun 1975 dengan Nombor Pendaftaran PPK 079. Luas kawasan pengendalian ialah 1311 KM persegi meliputi Mukim Sayong dan Mukim Chegar Galah.


Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kangsar mengendalikan 23 buah Unit  yang terbahagi kepada Mukim Sayong dan Mukim Chegar Galah. Terdapat 17 buah Unit di bawah Mukim Sayong dan 6 buah Unit di bawah Mukim Sayong.

Tentang PPK : Bio

Organisasi

Get to Know Us

GM_PPK_edited_edited.png

MIZANUL AFDHALLIA BINTI OTHMAN

Pengurus Besar

En.Wan_PPK.png

MOHD RIDUAN BIN MUSA

Timbalan Pengurus Besar
Pengurus Projek / Pengeluaran

En. Syahir_PPK.png

MOHD SYAHIR BIN MOHD MAKIN

Pengurus Hal Ehwal Korporat

Hj Nik_PPK.png

HAJI NIK MOHD FIKRI BIN HJ NIK MAHMOOD

Pengurus Akaun

En. Azril_PPK.png

MOHAMAD AZRIL BIN AZMAN

Pengurus Perniagaan Tani

Pn. Normi_PPK.png

NORMI KUISMA BINTI MOHD YUSOF

Pengurus Pentadbiran

En. Bujang_PPK.png

BUJANG @ BUJABAR BIN HAMAZAH

Pengawal Keselamatan

Wana_PPK.png

NURUL IRWANA BINTI ZANAL BIDIN

Kerani Hal Ehwal Korporat

Kak Ina_PPK.png

FADHLINA BINTI AHMAD SULAIMAN

Kerani AM / Juruwang

Jaa_PPK.png

KHAIRUL AZHAR BIN MOHD HASHIM

Kerani Input Pertanian / SBPKP

Tentang PPK : Team Members

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

AHLI JEMAAH PENGARAH

SESI 2019 – 2021

AJP_PPK.png
Tentang PPK : Image

PIAGAM PELANGGAN

Kami berazam akan memberi perkhidmatan professional ke arah menjadikan Pertubuhan Peladang pergerakan yang kuat dan badan perniagaan yang kukuh dengan ahli peladang yang moden khususnya menjadi pengeluar makanan untuk Negera menjelang tahun 2010 melalui :

​

  • Memberi keputusan permohonan ahli dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.

  • Mengadakan lawatan berjadual ke unit sekurang - kurangnya dua bulan sekali.

  • Memberi maklum balas ke atas permohonan perkhidmatan dan kemudahan dari ahli - ahli dalam tempoh sebulan dari 14 hari dari tarikh permohonan.

  • Memberi keputusan permohonan kredit dan pinjaman ahli - ahli dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan diterima.

  • Menyediakan perkhidmatan simpanan dan perkhidmatan sosial dan kebajikan untuk faedah ahli dalam masa 30 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan.

  • Memberi pulangan dividen atas modal saham dan hadiah langganan kepada ahli - ahli dalam masa 2 bulan dari Mesyuarat Agung Tahunan.

  • Memberi khidmat pemasaran hasil pertanian dengan harga yang kompetitif bagi projek - projek yang diusahakan oleh ahli - ahli sepanjang tahun.

  • Pelanggan - pelanggan akan mendapat layanan kaunter dalam tempoh tidak melewati 10 minit.

  • Menyediakan input pertanian dan barang pengguna yang berkualiti dengan harga yang setanding dan membuat pembekalan tepat pada masa yang dijanjikan dalam masa 2 hari selepas menerima pesanan belian.

  • Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan  tidak melewati dari 31hb Julai setiap tahun.

  • Pembayaran keuntungan tidak melebihi 30 hari selepas kelulusan pendaftar.

  • Menyediakan penyata kewangan dan laporan - laporan kemajuan Pertubuhan Peladang sebelum 15 hari bulan setiap bulan.

  • Menyempurnakan segala pembayaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh tuntutan diterima yang disokong dengan dokumen yang lengkap.

Tentang PPK : Text

10 PERKHIDMATAN KEPADA AHLI PELADANG

1. Pembekalan input pertanian (termasuk subsidi baja padi) 
2. Jentera Ladang
3. Infrastruktur
4. Khidmat Nasihat
5. Teknologi Lepas Tuai 
6. Latihan dan Kursus
7. Perkhidmatan Pemasaran
8. Pemprosesan
9. Pembiayaan
10. Pusat Sumber Maklumat

Tentang PPK : Text

KEGIATAN SOSIAL PPK :

  1. PPK dapat memberi dividen bonus honorarium hadiah langganan hasil daripada pembahagian keuntungan yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang

  2. PPK menyumbang kewangan dalam bentuk Skim Khairat kematian Takaful Peladang kepada waris ahli yang meninggal dunia yang juga dikendalikan oleh Permodalan Peladang Berhad.

  3. PPK juga menyumbang kewangan kepada ahli yang menunaikan haji dan khairat kematian.

  4. Sumbangan kecemerlangan pelajaran, Ketua Unit Peladang Cemerlang dan Unit Cemerlang.

  5. Mengadakan kursus, lawatan dan sukaneka untuk keluarga ahli dan majlis berbuka puasa di Unit Peladang.

Tentang PPK : Text
bottom of page